Wednesday, November 11, 2009
PUDING KARAMEL
Puding ni selalu saya buat di rumah, dulu2 buat sebab suami yg suka makan, sekarang ni anak2 pulak yg suka makan.
Puding
6 biji telur
1 tin susu cair (saya guna susu Ideal)
1 tin susu pekat manis (sekarang ni saya selalu guna susu Bervitamin F & N)
2 sudu besar tepung kastad
3/4 tin air
1 sudu teh esen vanilla
sedikit garam
Gula Hangus
4 sudu besar gula
1 sudu besar air
Cara-cara
1. Pecahkan dan pukul telur. Masukkan garam.
2. Masukkan susu cair dan susu pekat manis.
3. Gunakan tin susu pekat manis tadi, masukkan air dan tepung kastad dan campurkan.
4. Masukkan ke dalam adunan telur dan susu tadi.
5. Masukkan esen vanilla.
6. Tuang ke dalam loyang yang telah berisi dengan gula hangus yang sudah keras. Tapiskan.
7. Kukus selama 30 minit.
Cara buat gula hangus
1. Letakkan gula di atas kuali/loyang (non-stick).
2. Biarkan gula cair dan berwarna agak kekuningan. Kacau rata.
3. Tuang air.
Wednesday, September 2, 2009
BREAD & BUTTER PUDDING
Tak ingat ambil resepi ni dari mana, tapi dah pernah try, jadi.
Bahan A:
500 ml susu segar/fresh milk
8 keping roti (Gardenia/High 5)
Bahan B:
4 sudu besar gula halus
2 sudu besar butter
2 biji telur ayam
1 sudu teh esen vanilla
1 sudu besar tepung jagung
Bahan C:
2 sudu besar kismis hitam
Sos Kastad
1 tin susu cair
2 sudu besar tepung kastad
2 sudu besar gula
CARA:
1. Hancurkan /koyakkan roti dan rendam dalam susu 1/2 jam.
2. Kacau dan gaul rata bahan B.
3. Masukkan kismis dan tuangkan ke dalam loyang.
4. Bakar dalam suhu 180'C selama 30 minit/masak.
5. Gaulkan bahan sos kastad dan masakkan di atas api yg sederhana sebentar.
6. Tuangkan sos di atas puding semasa menghidang.

EMBUN MENITIK
Makan masa kat cafe kat ofis, try begger2 resepi yang ada. Namanya sedap Embun Menitik, memang menitik air liur.
1 cawan sagu biji
3 cawan air
Pewarna (kalau suka)
Gula Merah
1 tin susu cair
Ais-krim perisa Vanilla
Puding Sagu
Masak air dan campurkan pewarna.
Bila mendidih, masukkan sagu biji.
Kacau sampai kembang.
Angkat dan sejukkan dalam bekas.
Kalau nak cantik masukkan ke dalam bekas-bekas kecil ('clear glass').
Lebih sedap kalau di masukkan dalam peti sejuk.
Air Gula
Masak sedikit air bersama gula merah, masak sampai pekat.
Angkat dan sejukkan.
Cara hidang
Tuangkan sedikit gula merah ke atas sagu tadi.
Tuangkan susu cair .
Letak ais-krim Vanilla di atasnya.

Thursday, August 20, 2009
SPAGHETTI SARDIN
Resepi ini diberi oleh kawan sekolah saya, Asha. Tau spaghetti ni masa buat gathering kat rumah dia untuk kawan-kawan satu batch. Rasa sedap terus minta resepi. Inilah dia resepinya. Semenjak tu selalu buat di rumah, anak2 dan suami pun suka makan.
[Anggaran 6 org makan]
BAHAN-BAHAN:
2 tin besar sardin (hati-hati semasa beli, pilih yang tulis Sardin bukan Mackerel)
1 botol kecil sos tomato
2 batang bunga kantan
3 - 4 tangkai bunga kesum (ambil daun sahaja)
2 biji buah tomato
1 labu bawang besar
2 ulas bawang putih
2 cawan air
garam dan gula secukup rasa
CARA-CARA:
1. Bawang putih dan besar dicincang halus.
2. Panaskan sedikit minyak dalam periuk dan tumis bawang yang dicincang sampai layu.
3. Masukkan ikan sardin tanpa kuahnya ke dalam periuk dan lenyekkan dengan senduk sampai hancur (kasar-kasar pun tak apa) dan kacau sampai rata.
4. Masukkan sos tomato dan air. Kacau lagi.
5. Masukkan pula daun kesum dan bunga kantan yang telah diracik halus.
6. Biarkan menggelegak.
7. Masukkan buah tomato yang dipotong dadu, garam dan gula secukup rasa.
8. Bila sudah semuanya menggelegak dan kecairannya mengikut yang disukai (kalau hendak kuah lebih cair tambah air lagi), bolehlah dipadamkan api dan dihidangkan dengan spaghetti.
9. Kalau yang sukakan pedas, hidang dengan cili api potong.

Subscribe to:
Posts (Atom)