Resepi ini diberi oleh kawan sekolah saya, Asha. Tau spaghetti ni masa buat gathering kat rumah dia untuk kawan-kawan satu batch. Rasa sedap terus minta resepi. Inilah dia resepinya. Semenjak tu selalu buat di rumah, anak2 dan suami pun suka makan.
[Anggaran 6 org makan]
BAHAN-BAHAN:
2 tin besar sardin (hati-hati semasa beli, pilih yang tulis Sardin bukan Mackerel)
1 botol kecil sos tomato
2 batang bunga kantan
3 - 4 tangkai bunga kesum (ambil daun sahaja)
2 biji buah tomato
1 labu bawang besar
2 ulas bawang putih
2 cawan air
garam dan gula secukup rasa
CARA-CARA:
1. Bawang putih dan besar dicincang halus.
2. Panaskan sedikit minyak dalam periuk dan tumis bawang yang dicincang sampai layu.
3. Masukkan ikan sardin tanpa kuahnya ke dalam periuk dan lenyekkan dengan senduk sampai hancur (kasar-kasar pun tak apa) dan kacau sampai rata.
4. Masukkan sos tomato dan air. Kacau lagi.
5. Masukkan pula daun kesum dan bunga kantan yang telah diracik halus.
6. Biarkan menggelegak.
7. Masukkan buah tomato yang dipotong dadu, garam dan gula secukup rasa.
8. Bila sudah semuanya menggelegak dan kecairannya mengikut yang disukai (kalau hendak kuah lebih cair tambah air lagi), bolehlah dipadamkan api dan dihidangkan dengan spaghetti.
9. Kalau yang sukakan pedas, hidang dengan cili api potong.
Thursday, August 20, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment