Wednesday, September 2, 2009

BREAD & BUTTER PUDDING

Tak ingat ambil resepi ni dari mana, tapi dah pernah try, jadi.

Bahan A:
500 ml susu segar/fresh milk
8 keping roti (Gardenia/High 5)

Bahan B:
4 sudu besar gula halus
2 sudu besar butter
2 biji telur ayam
1 sudu teh esen vanilla
1 sudu besar tepung jagung

Bahan C:
2 sudu besar kismis hitam

Sos Kastad
1 tin susu cair
2 sudu besar tepung kastad
2 sudu besar gula

CARA:
1. Hancurkan /koyakkan roti dan rendam dalam susu 1/2 jam.
2. Kacau dan gaul rata bahan B.
3. Masukkan kismis dan tuangkan ke dalam loyang.
4. Bakar dalam suhu 180'C selama 30 minit/masak.
5. Gaulkan bahan sos kastad dan masakkan di atas api yg sederhana sebentar.
6. Tuangkan sos di atas puding semasa menghidang.

EMBUN MENITIK

Makan masa kat cafe kat ofis, try begger2 resepi yang ada. Namanya sedap Embun Menitik, memang menitik air liur.

1 cawan sagu biji
3 cawan air
Pewarna (kalau suka)
Gula Merah
1 tin susu cair
Ais-krim perisa Vanilla

Puding Sagu
Masak air dan campurkan pewarna.
Bila mendidih, masukkan sagu biji.
Kacau sampai kembang.
Angkat dan sejukkan dalam bekas.
Kalau nak cantik masukkan ke dalam bekas-bekas kecil ('clear glass').
Lebih sedap kalau di masukkan dalam peti sejuk.


Air Gula
Masak sedikit air bersama gula merah, masak sampai pekat.
Angkat dan sejukkan.


Cara hidang
Tuangkan sedikit gula merah ke atas sagu tadi.
Tuangkan susu cair .
Letak ais-krim Vanilla di atasnya.